Jika anda mendapati FAQ ini tidak menjawab persoalan anda, anda boleh mengajukan soalan anda di sini.
Permohonan Dana Universiti Penyelidikan (UP)
Apakah Dana Universiti Penyelidikan (UP)?
Dana UP ialah dana yang diterima daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Mulai tahun 2017, iaitu sejak Universiti Kebangsaan Malaysia dianugerahkan status Universiti Penyelidikan pada tahun 2006. Agihan peruntukan Dana Universiti Penyelidikan ini menyokong dasar yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui empat teras utama iaitu Talent Development, Research Prominence, Bridging the Grand Challenge dan Wealth Creation.
Apakah projek penyelidikan yang ditawarkan di bawah Dana UP?
Projek penyelidikan di bawah Dana UP ialah:
[supsystic-tables id=5]Bila boleh memohon projek penyelidikan Dana UP?
Permohonan boleh dibuat dengan merujuk iklan hebahan pembukaan permohonan. Hebahan akan dibuat melalui laman web CRIM, Portal ewarga, email, atau surat rasmi daripada CRIM.
Bagaimana prosedur memohon geran RU?
Semua permohonan geran RU perlu dimohon dengan cara mengisi borang secara atas talian https://appsmu.ukm.my/smpu kecuali semua geran di bawah Dana Universiti Penyelidikan kecuali Dana Penyelidikan Strategik dan Dana Cabaran Perdana yang menggunakan borang secara manual. Penyelidik perlu merujuk iklan dari semasa ke semasa.
Berapa lama keputusan permohonan Geran UP akan di keluarkan?
Dalam tempoh 10 hari selepas kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan.
Saya telah menerima kelulusan dan tawaran Projek Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM) melalui SMPU tetapi status projek dalam SMPU adalah pasif. Apa tindakan yang perlu saya ambil?
Ketua Projek perlu mengambil tindakan berikut di SMPU :
- Klik pengesahan penerimaan projek.
- Cetak Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan (SPMP).
- Semua penyelidik menandatandatangani SPMP.
- Hantar 1 salinan SPMP kepada CRIM.
- Status Projek di SMPU akan diaktifkan (Status Projek di UFASt akan diaktifkan oleh Pegawai Bendahari dalam tempoh 5 hari bekerja selepas SMPU diaktifkan).
Pertukaran Ketua Projek/Penyelidik Bersama
Sekiranya Ketua Projek akan bercuti belajar/bersara dan projek masih aktif, apa tindakan yang perlu di ambil?
Adakah boleh menambah penyelidik semasa projek masih aktif?
Boleh. Ketua Projek perlu mengisi ‘Borang Permohonan Pertukaran/Memangku Ketua Projek Penyelidikan/Penambahan Penyelidik Bersama’. Borang ini boleh di muat turun di laman web CRIM.
Sekiranya penyelidik bersama tidak memberi sebarang komitmen sepanjang tempoh projek, bolehkah Ketua Projek menamatkan status penyelidik bersama tersebut?
Kewangan Penyelidikan
Pembelian bahan kimia projek saya tidak diluluskan oleh Jabatan Bendahari kerana peruntukan V27000 tidak mencukupi dan projek tidak dapat diteruskan. Bagaimana cara untuk saya meneruskan projek?
Ketua Projek di nasihatkan merancang belanjawan dan membuat permohonan pindah vot kepada Urus Setia Dana dengan melengkapkan ‘Borang Pemindahan Siri-V’. Borang ini boleh di muat turun dari laman web CRIM.
Peruntukan V11000 masih berbaki dan tidak akan digunakan kerana pelajar tersebut telah memperoleh Skim Zamalah UKM. Bolehkah baki tersebut digunakan untuk bayaran yuran penerbitan (V29000)?
Baki V11000 tidak boleh digunakan untuk membayar yuran penerbitan. Ketua Projek perlu membuat permohonan pindah vot kepada Urus Setia Dana dengan melengkapkan borang ‘Borang Pemindahan Siri-V’. Borang ini boleh di muat turun dari laman web CRIM.
V35000 masih mempunyai baki. Adakah saya boleh buat perolehan baharu atau tuntutan pembelian seperti fail, ‘thumb drive’, photostat, alat tulis dan perbelanjaan runcit yang lain menggunakan V35000?
Tidak boleh. Perolehan yang dinyatakan di atas adalah di bawah V27000.
Bolehkah pembelian peralatan yang telah diluluskan di bawah V35000 dibuat selepas projek tamat?
Tidak boleh. Ketua Projek dinasihatkan untuk membuat perolehan bagi pembelian peralatan V35000 semasa tahun pertama projek.
Bolehkah saya membeli peralatan yang diluluskan dibawah V35000 melebihi peruntukan yang diluluskan kerana baki V35000 masih mencukupi?
Tidak boleh. Ketua Projek perlu membuat permohonan kelulusan pembelian kepada Urus Setia Dana dengan melampirkan sebut harga alat. Sekiranya tiada kelulusan Urus Setia Dana, pihak Jabatan Bendahari tidak akan memproses dokumen perolehan.
Bolehkah sebarang pembelian dibuat selepas projek tamat?
Tidak boleh. Semua perolehan hanya boleh dibuat semasa projek aktif sahaja.
Persidangan
Berapa kalikah penyelidik dibenarkan ke luar negara bagi menghadiri persidangan dengan menggunakan geran RU?
- Tertakluk kepada perancangan dan belanjawan semasa projek diluluskan; dan
- Prosedur menghadiri persidangan ke luar negara yang telah ditetapkan oleh Universiti
Bolehkan saya menghantar pelajar saya menghadiri persidangan dalam Malaysia menggunakan peruntukan projek GUP?
Boleh. Pelajar Warganegara dan Bukan Warganegara layak menggunakan peruntukan projek penyelidikan dana dalam/dana luar untuk menghadiri persidangan dalam Malaysia sahaja.
Saya ingin membuat kajian lapangan mengenai projek penyelidikan. Perlukah saya membuat permohonan melalui Sistem eMP?
Ya, perlu. Pembayaran tuntutan kerja lapangan akan diluluskan oleh Bendahari berdasarkan kelulusan dalam Sistem Sistem e-Aktiviti.
Pelanjutan Tempoh
Adakah saya boleh membuat permohonan tambah masa kali kedua hanya untuk tujuan analisis sampel sahaja?
Pihak Universiti tidak menggalakkan permohonan tambah masa. Walau bagaimanapun, Ketua projek boleh mengisi ‘Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan’. Borang ini boleh di muat turunkan di laman web CRIM.
Projek saya telah tamat pada 31 November 2017. Saya memerlukan pelanjutan tempoh projek untuk menyiapkan jejak kunci terakhir, tetapi saya terlupa untuk menghantar Borang Permohonan Tambah Masa Projek. Bolehkah saya menghantar Borang Permohonan pada 2 Disember 2017?
Permohonan yang diterima selepas tarikh tamat projek tidak akan dipertimbangkan.
Permohonan Pemindahan Siri-V
Apakah yang dimaksudkan dengan pemindahan Siri-V?
Pemindahan Siri-V adalah perubahan yang dilakukan ke atas satu siri-V tanpa mengubah peruntukan asal projek yang telah diluluskan.
Bila perlu permohonan pemindahan Siri-V perlu dibuat?
Sebaik sahaja peruntukan jumlah peruntukan vot tidak mencukupi. Pemindahan Siri-V hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang tempoh projek aktif.
Bagaimana prosedur untuk membuat permohonan pemindahan Siri-V?
- Ketua Projek perlu melengkapkan Borang Pemindahan Siri-V Projek Penyelidikan yang boleh dicapai melalui web CRIM dan menghantar permohonan kepada CRIM.
- Pertimbangan kelulusan adalah berdasarkan kepada justifikasi kukuh serta memuaskan. Permohonan yang tiada justifikasi tidak akan diberi pertimbangan. Bagi permohonan yang melibatkan pembelian peralatan V35000 perlu melampirkan sebutharga alat.
- Bagi Geran MOSTI dan LRGS KPT kelulusan adalah tertakluk kepada pihak pembiaya Dana. Selain geran MOSTI dan LRGS KPT, kelulusan dibuat oleh pihak CRIM.
Bagaimana saya dapat mengetahui kelulusan?
Ketua Projek akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari dari permohonan yang lengkap diterima. Bagi permindahan yang diluluskan, pihak CRIM akan mengemaskini maklumat kelulusan dalam SMPU.
Permohonan Pelanjutan Tempoh
Bolehkah saya membuat permohonan pelanjutan tempoh projek?
Tidak digalakkan kerana projek perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Kelulusan adalah tertakluk kepada justifikasi yang kukuh.
Bagaimana prosedur untuk membuat permohonan pelanjutan tempoh projek?
- Ketua Projek perlu melengkapkan Borang UKM-SPKP-CRIM-PK03- BO01: Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan yang boleh dicapai melalui web CRIM dan menghantar permohonan kepada CRIM.
- Kelulusan adalah tertakluk kepada Pembiaya Dana seperti berikut :
- Geran MOSTI dan LRGS : Kelulusan MOSTI/KPT
- Geran KPT selain LRGS : Permohonan lanjut tempoh kurang (6) bulan atau (6) bulan tertakluk kepada kelulusan CRIM manakala lebih (6) bulan tertakluk kepada KPT.
- Geran luar : tertakluk kepada Pembiaya Dana
Bila permohonan boleh dibuat?
Dalam tempoh TIGA (3) bulan sebelum tamat projek.
Berapa kali permohonan boleh dibuat?
SATU (1) kali sahaja.
Bagaimana saya dapat mengetahui kelulusan?
Ketua Projek akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari dari permohonan yang lengkap diterima/dari keputusan secara rasmi oleh Pembiaya Dana. . Bagi pelanjutan yang diluluskan, pihak CRIM akan mengemaskini maklumat kelulusan dalam SMPU.
Penghantaran Laporan Kemajuan dan Laporan Akhir Penyelidikan
Bila laporan kemajuan perlu dikemukakan?
Semua projek yang berdaftar perlu menghantar laporan kemajuan setiap (6) bulan iaitu untuk tempoh Jan-Jun (tarikh akhir 31 Julai) dan Julai-Disember (tarikh akhir 31 Januari)
Bagaimana fotmat penghantaran laporan kemajuan dan laporan akhir?
Format penghantaran laporan adalah mengikut kategori geran.
[supsystic-tables id=4]Apakah tindakan yang perlu dibuat oleh Ketua Projek?
Ketua Projek perlu melengkapkan dan menghantar laporan kemajuan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Adakah CRIM akan mengeluarkan peringatan penghantaran laporan kemajuan?
- Peringatan pertama akan dikeluarkan pada setiap 1 Julai (laporan Jan – Jun) / 1 Januari (laporan Julai – Disember).
- Sekiranya laporan kemajuan belum dihantar dalam tempoh 14 hari selepas peringatan pertama, peringatan kedua akan dikeluarkan pada 15 Julai / 15 Januari.
Apakah kesan sekiranya laporan kemajuan tidak dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan?
Penggunaan peruntukan projek akan dibekukan sehingglah ketua projek menghantar laporan tersebut dan disemak dan disahkan oleh Fakulti/Institut/Pusat.
Bila laporan akhir perlu dikemukakan?
Semua projek penyelidikan yang berdaftar perlu menghantar laporan akhir dalam tempoh 3 bulan selepas projek penyelidikan tamat.
Apakah langkah yang perlu dibuat oleh Ketua Projek?
Ketua Projek perlu melengkapkan dan menghantar laporan akhir selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh tamat projek. (Sila pastikan semua tuntutan pembayaran telah dijelaskan dengan bendahari UKM).
Apakah kesan sekiranya laporan akhir tidak dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan?
- Ketua Projek Dana Universiti Penyelidikan yang tidak menghantar laporan akhir dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan memohon sebarang bentuk Dana Universiti Penyelidikan yang baharu.
- Bagi Ketua Projek Dana MOSTI/KPT yang tidak menghantar laporan akhir dalam tempoh yang ditetapkan adalah tertakluk kepada peraturan Kementerian.
- Ketua Seksyen Geran Penyelidikan & MyRA (Puan Siti Noraida Sood - 03 8921 5631)
- Geran Universiti Penyelidikan (Encik Mohd Asraf Mohamad Farid - 03 8921 4455 & Cik Bismi Nurul Ain Jannah Mohd Mahthir - 03-8921 4679 )
- Geran KPT:
- Permohonan Geran (Puan Siti Noraida Sood - 03 8921 5631),
- Permohonan Aktiviti (Puan Adila Abdul Rasib - 03 8921 4392) &
- Pemantauan Prestasi Projek (Cik Nur Athirah Zainal - 03 8921 4064) - Geran MOSTI (Puan Adila Abdul Rasib - 03 8921 4392)
- Dana Luar Kebangsaan (Puan Siti Noraida Sood - 03 8921 5631)
- Dana Luar Antarabangsa (Puan Siti Noraida Sood - 03 8921 5631 & Cik Nur Athirah Zainal - 03 8921 4064)