Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM) dan WMIT Group Sdn. Bhd. akan menganjurkan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2021 (PERKKS 21) secara atas talian pada 16 November 2021.
Sekiranya berminat, penyelidik boleh menghantar abstrak melalui capaian https://submit.confbay.com/conf/perkks21 sebelum 31 Ogos 2021. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web –https://mprh.lppkn.gov.my/.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel ke sekretariat.perkks@gmail.com.