Yayasan Penyelidikan Otak, Minda dan Neurosains Malaysia (YPOMNM) ingin menawarkan Geran Insentif Penyelidikan Kitar 1-2020 kepada semua penyelidik warganegara Malaysia yang berkebolehan dalam bidang Basic, Clinical and Applied Neurosciences. Jumlah geran yang ditawarkan adalah sehingga maksimum RM10,000 dan boleh dipohon mulai akhir tahun Disember 2020. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2021.
Maklumat lanjut, garis panduan dan borang permohonan boleh dirujuk di laman sesawang facebook BMNRF (https://www.facebook.com/YPOMNM). Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pihak YPOMNM melalui emel info@bmnrf.com dan brainsciences@gmail.com selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020 (Rabu) dan disalinkan kepada pegawai CRIM (psupp@ukm.edu.my) dan Sekretariat Penyelidikan PTJ untuk tujuan rekod universiti.
Justeru, sukacita kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dapat memanjangkan hebahan ini kepada penyelidik bawah pengurusan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan.
Sila klik dibawah untuk muat turun:-