Memuatkan Maklumat Berita...

Tarikh...
Memuatkan tag...
Gambar Utama
Loading...

Tags:
Kongsi:

Pejabat Sistem Insuran Pekerjaan,  Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)  melalui EIS-UPMCS Centre for Future Labour Market Studies (EU-ERA) mempelawa ahli akademik dan penyelidik di universiti awam untuk memohon geran penyelidikan jangka pendek (6 sehingga 8 bulan) di dalam bidang analisis pasaran buruh. Bersama-sama ini disampaikan surat daripada PERKESO bertarikh 6 Januari 2021 yang jelas maksudnya untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Geran penyelidikan ini diwujudkan bertujuan memberi peluang kepada ahli akademik dan penyelidik di universiti awam untuk mengetengah dan memanfaatkan kepakaran mereka bagi membantu menambahbaik perancangan dan analisis pasaran buruh di Malaysia. Pemohon yang terpilih bukan sahaja dapat meneroka penggunaan data pentadbiran masa nyata (real-time) malah hasil penyelidikan tersebut berpeluang dijadikan input kepada kertas dasar.

Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan mengemukakan kertas cadangan penyelidikan (mengikut format yang ditetapkan oleh PERKESO) beserta surat iringan dan mengemukakan melalui emel kepada euera.centre@gmail.com selewat-lewatnya pada 26 Februari 2021 (Jumaat), disalinkan kepada pegawai CRIM (psupp@ukm.edu.my) dan Sekretariat Penyelidikan PTJ untuk tujuan rekod universiti.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Ketua Ekonomi EU-ERA, Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari melalui email berikut: yusof.saari@perkeso.gov.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)

Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Tel: 03-8921 3095
Emel: drmc@ukm.edu.my

Waktu Operasi

Isnin - Khamis 8:00 AM - 5:00 PM
(1:00 PM - 2:00 PM Tutup)

Jumaat 8:00 AM - 5:00 PM
(12:15 PM - 2:45 PM Tutup)

Hari Minggu / Cuti Am Tutup

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) @ 2026