Permohonan Geran LRGS dan TRGS Fasa 1/2019 dibuka berdasarkan dua belas (12) Call for Proposals seperti di lampiran.
Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
i. Permohonan di bawah Geran LRGS hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya tiga (3) universiti tempatan dan mestilah bersifat antara disiplin (interdisciplinary);
ii. Permohonan di bawah Geran TRGS hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya tiga (3) projek di bawah domain yang berbeza dari universiti yang sama;
iii. Penyelidik boleh mengemukakan maksimum dua (2) permohonan (kertas konsep) sebagai Ketua Program/Ketua Projek bagi geran LRGS dan/atau TRGS Fasa 1/2019. Walau bagaimanapun, penyelidik adalah tidak dibenarkan untuk mengemukakan kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang sama bagi kedua-dua skim geran penyelidikan tersebut.
iv. Jumlah peruntukan dan tempoh yang dipohon hendaklah menepati ketetapan berikut:
a) Siling permohonan LRGS adalah RM3,000,000.00 setahun bagi tempoh tiga (3) hingga lima (5) tahun penyelidikan;
b) Siling permohonan TRGS adalah RM1,500,000.00 (tahun pertama tidak melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan) bagi tempoh tiga (3) tahun penyelidikan.
v. Kertas cadangan penyelidikan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan Geran LRGS dan TRGS Pindaan Tahun 2019 dan Tadbir Urus yang berkuat kuasa.
Maklumat pembukaan geran adalah seperti di lampiran. Pihak F/I/P adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan dihantar mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Pihak CRIM berhak menolak permohonan sekiranya gagal mematuhi mana-mana syarat. Tarikh akhir penghantaran permohonan secara atas talian MyGRANTS adalah pada 8 April 2019, selewat-lewatnya jam 11.59 malam.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh menghubungi pegawai di CRIM (Puan Siti Noraida, emel: ctaida@ukm.edu.my).
Sila klik dibawah untuk muat turun:-
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]