YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sukacita disampaikan maklumat lanjut berkenaan tawaran geran tersebut di atas untuk diperpanjangkan kepada penyelidik bawah pengurusan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan.
3. Garis panduan kajian adalah seperti di bawah (juga boleh dirujuk pada pautan bit.ly/3JsZbwf):
▶️ Peruntukan bagi menjalankan kajian jangka pendek disalurkan secara pindah peruntukan kepada IPTA yang diperaku oleh Jawatankuasa Kajian Jangka Pendek (JKJP) R&D&C&I untuk dilantik sebagai perunding kajian.
▶️ Nilai kajian adalah tetap sepanjang pelaksanaan projek sehingga projek siap.
▶️ Jangka masa kajian adalah antara 3 hingga 6 bulan sahaja.
▶️ Penetapan nilai kajian adalah bersama butiran kos.
▶️ Kajian boleh terdiri daripada kuantitatif atau kualitatif.
▶️ Penerbitan sebarang hasil kajian mestilah dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada pemilik data iaitu Kementerian Ekonomi
4. Mohon perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan mengenai maklumat penting seperti di bawah:
▶️ Penyediaan proposal adalah menggunakan format yang telah disediakan (rujuk pada pautan bit.ly/3JsZbwf)
▶️ Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2023 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.
▶️ Permohonan boleh dihantar melalui emel kepada khairil.yahaya@epu.gov.my dan naglaa.isamail@epu.gov.my
▶️ Permohonan perlu disalinkan kepada CRIM (ctaida@ukm.edu.my) untuk rekod.
5. Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)