Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membuka permohonan Penyelidik Pasca Doktoral menggunakan Dana Modal Insan bagi fasa kedua tahun 2021 yang terbuka kepada calon warganegara dan bukan warganegara (berada di Malaysia).
Bersama – sama ini disampaikan beberapa dokumen berkaitan untuk makluman dan rujukan YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan.
- a) Lampiran A – Dasar Penyelidik Pasca Doktoral (Pindaan 2021) : https://bit.ly/3zyktl9
- b) Lampiran B – Borang Permohonan / Pelanjutan Penyelidik Pasca Doktoral (Kuat kuasa : 1 September 2021) : https://bit.ly/3zLtEyw
- c) Lampiran C – Jadual Kerja Permohonan Penyelidik Pasca Doktoral : https://bit.ly/3Bp0lCq
Justeru, calon yang memenuhi kriteria dan syarat kelayakan adalah dimohon agar dapat mengemukakan permohonan yang telah lengkap kepada CRIM mengikut prosedur sedia ada dan menghantar dokumen tersebut melalui pautan (https://forms.gle/oARpfLrE4TxXs23X8) dan satu salinan keras perlu dimajukan ke CRIM sebelum atau pada 30 September 2021. Dokumen yang dimajukan boleh diimbas (scan) dan diubah ke format PDF dan tandatangan digital adalah dibenarkan.
Sukacita juga pihak kami memohon kerjasama YBhg. Prof. Ulung / Datuk / Dato’ / Prof. / Tuan / Puan agar dapat memaklumkan kepada ahli Fakulti / Institut / Pusat masing – masing.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya melalui No. Telefon : 03 – 8921 5112 atau emel : nurizyani@ukm.edu.my.