Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah membuka permohonan KKP tahun 2025. Permohonan dibuka bagi tempoh 3 Mac hingga 3 April 2025 (Rujuk Jadual Kerja CRIM).
- Sebagaimana yang dimaklumi tujuan penubuhan KKP sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak KPT adalah:
- Menggalakkan CoE ke arah penarafan sebagai HICoE
- Menjadi Pakar Rujuk (Referral Point) dalam bidang keutamaan berfokus
- Penggemblengan modal insan tersohor dan perkongsian sumber dalam bidang nic berfokus
- Penyelidikan bersepadu, bermutu dan dimanfaatkan bersama untuk kepentingan negara, akademik, industri, masyarakat dan persekitaran
- Justeru itu, CRIM mengalu-alukan semua penyelidik yang berminat untuk mengemukakan permohonan KKP ini. Permohonan yang dikemukakan perlulah mengikut semua syarat-syarat permohonan yang ditetapkan oleh KPT.
- Bersama-sama ini disampaikan dokumen berkaitan permohonan untuk perhatian dan rujukan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan, sebagaimana berikut:
- Jadual Kerja Permohonan Penubuhan KKP
- Garis Panduan Permohonan Penubuhan KKP Tahun 2024.
- Kaedah Permohonan KKP
- Borang A KKP
- Borang B KKP
- Kerjasama semua pihak dipohon agar semua borang permohonan yang telah dilengkapkan dapat dimajukan kepada CRIM pada 19 Mac 2025 (Rabu), selewat-lewatnya pukul 4.00 petang. Sukacita pihak CRIM juga menarik perhatian semua agar permohonan yang dikemukakan perlulah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Permohonan Penubuhan KKP Tahun 2024 dan Kaedah Permohonan KKP seperti yang ditetapkan oleh KPT.
- Bagi tujuan pertanyaan dan komunikasi lanjut berkaitan permohonan, pegawai berikut boleh dihubungi oleh pihak pemohon:
Ts. Dr. Hasimi Bin Sallehudin
Timbalan Pengarah (Strategik dan Pembangunan)
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
e-mel: tpscrim@ukm.edu.my | Tel: 03-89216729
Encik Mohd Asraf Mohamad Farid
Penolong Pendaftar
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
e-mel: asraf@ukm.edu.my | Tel: 03-89214455
- Sukacita juga pihak kami memohon kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan agar hebahan ini dapat dipanjangkan kepada ahli di PTJ masing-masing. Kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof/Tuan/Puan dalam perkara ini kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
