Pembukaan permohonan ini adalah khusus bagi pelaksanaan kerjasama projek inovasi dalam bidang-bidang berikut:
(i) Sustainable City Development (Pembangunan Bandar Lestari);
(ii) Knowledge-based Economy/k-Economy (Ekonomi berasaskan Pengetahuan); dan
(iii) Advanced Manufacturing and Materials (Pembuatan dan Bahan Termaju).
Maklumat lanjut mengenai permohonan boleh dicapai melalui https://www.might.org.my/might-cdti-1st-call-for-proposals-under-mysip-malaysia-spain-innovating-programme/. Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada syarat dan kriteria permohonan dengan mengambil kira perkara berikut :
(i) Permohonan perlu disediakan secara bersama dengan penyelidik bersama menggunakan templet permohonan yang disediakan;
(ii) Permohonan yang disediakan perlu dikemukakan oleh Penyelidik Utama daripada Malaysia melalui CRIM. Permohonan yang sama juga perlu dikemukakan oleh Penyelidik Utama Sepanyol melalui laman web CDTI;
(iii) Permohonan peruntukan perlu diperaku oleh CRIM sebelum dimajukan kepada KPM. Walau bagaimanapun, penilaian dalaman bagi penghantaran ini tidak perlu dilaksanakan.
Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat kepada CRIM adalah seperti berikut:
a) Surat rasmi Fakulti/Institut/Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan.
b) Borang Permohonan: 1 salinan lembut (softcopy) dalam format pdf
(Urus setia F/I/P emel kepada psupp@ukm.edu.my) dan 1 salinan keras (hardcopy).
c) Senarai Permohonan (Masterlist): 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel dan mengikut templet yang diberikan (Urus setia F/I/P emel kepada psupp@ukm.edu.my) dan 1 salinan keras (hardcopy).
Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) melalui Sektetariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat selewat-lewatnya pada 16 Mac 2020 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau pegawai KPM, Puan Siti Fazlina binti Mohd Sani di talian 03 – 8870 6959 (emel : sfazlina.msani@moe.gov.my) atau Cik Nor Amira Farhana binti Ahmad Zailani di talian 03 – 8870 6969 ext. 4584 (emel : amira.zailani@moe.gov.my).[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_single_image image=”15759″ img_size=”large”][/vc_column][vc_column width=”1/2″][vc_raw_html]JTVCd3BkbV9wYWNrYWdlJTIwaWQlM0QlMjcxNTc2MSUyNyU1RA==[/vc_raw_html][/vc_column][/vc_row]