National Institute for Health Research (NIHR) dan UK Research and Innovation (UKRI) melalui The Medical Research Council (MRC), United Kingdom ingin mempelawa mana-mana penyelidik di Malaysia untuk memohon geran penyelidikan Global Effort On Covid-19 (GECO) Health Research (sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut). 

Skop penyelidikan adalah berdasarkan keutamaan WHO COVID-19 Global Research Roadmap berikut:

  • Epidemiology
  • Clinical management
  • Infection prevention and control
  • Social Sciences and Humanities in the Outbreak Response

Pembukaan permohonan geran penyelidikan GECO Health ini akan dilaksanakan secara bersiri, iaitu tiga pusingan berturut-turut yang akan dibuka secara bergilir. Tarikh akhir permohonan bagi setiap pusingan adalah seperti berikut:

Pusingan 122 Jun 2020
Pusingan 210 Ogos 2020
Pusingan 3: 28 September 2020 

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan menggunakan template Borang Permohonan yang dilampirkan bersama dan e-melkan bersama-sama dokumen sokong kepada  geco@nihr.ac.uk. disalinkan kepada pegawai CRIM (e-mel : psupp@ukm.edu.my) dan Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti/Timbalan Pengarah Institut/Pusat untuk tujuan rekod.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-