National Institute for Health Research (NIHR) dan UK Research and Innovation (UKRI) melalui The Medical Research Council (MRC), United Kingdom ingin mempelawa mana-mana penyelidik di Malaysia untuk memohon geran penyelidikan Global Effort On Covid-19 (GECO) Health Research (sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut).
Skop penyelidikan adalah berdasarkan keutamaan WHO COVID-19 Global Research Roadmap berikut:
- Epidemiology
- Clinical management
- Infection prevention and control
- Social Sciences and Humanities in the Outbreak Response
Pembukaan permohonan geran penyelidikan GECO Health ini akan dilaksanakan secara bersiri, iaitu tiga pusingan berturut-turut yang akan dibuka secara bergilir. Tarikh akhir permohonan bagi setiap pusingan adalah seperti berikut:
Pusingan 1: 22 Jun 2020
Pusingan 2: 10 Ogos 2020
Pusingan 3: 28 September 2020
Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan menggunakan template Borang Permohonan yang dilampirkan bersama dan e-melkan bersama-sama dokumen sokong kepada geco@nihr.ac.uk. disalinkan kepada pegawai CRIM (e-mel : psupp@ukm.edu.my) dan Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti/Timbalan Pengarah Institut/Pusat untuk tujuan rekod.
Sila klik dibawah untuk muat turun:-