Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2021 seperti berikut :
(i) Dana Impak Perdana (DIP).
(ii) Geran Universiti Penyelidikan (GUP).
(iii) Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM)
Permohonan ini akan dibuka mulai 15 Mac 2021 (Isnin) sehingga 26 April 2021 (Isnin). Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/
Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk di web CRIM http://research.ukm.my/muat-turun
(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi siling yang ditetapkan.
(iii) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sama ada DIP/GUP/GGPM bagi tempoh pembukaan ini.
(iv) Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan projek dengan menggunakan website http://lens.org/.
(v) Pemohon perlu mengenal pasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas penyelidikan dilaksanakan.
(vi) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif dibenarkan membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika tahap selesai projek adalah pada kadar 75% dan ke atas.
(vii) Pemohon yang masih belum menghantar laporan akhir projek penyelidikan di bawah Dana UP perlu memastikan semua laporan akhir projek telah dihantar melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).
(viii) Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat. Fakulti/institut/pusat perlu membuat pengesahan penilaian menggunakan UKM-SPKP-CRIM-PK01-BO014:Borang Penilaian Permohonan Geran di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP). Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/ Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 03-89214392.
Sila klik dibawah untuk muat turun:-
- Jadual Kerja Permohonan: http://bit.ly/3qGlvGz
- Garis Panduan (pindaan Tahun 2021): http://bit.ly/3l9rGS7
- Senarai Semak & Borang Penilaian: http://bit.ly/3evwPmd
- Borang-borang Yang Berkaitan: http://bit.ly/30xGII0