Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melancarkan Malaysia Grand Challenge (MGC) pada 8 Januari 2021 sebagai usaha menggalakkan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) negara. Sejumlah dana telah diperuntukkan untuk lima (5) Skim Dana Pembiayaan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di bawah Program Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU) seperti di Lampiran A.
Permohonan dana ini dibuka sepanjang tahun. Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menggunakan Sistem eDana melalui pautan https://edana.mosti.gov.my/. Bersama-sama ini disampaikan Slide Pelancaran Malaysia Grand Challenge (MGC), Poster Dana R&D MOSTI dan Garis Panduan bagi setiap dana (berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021) untuk rujukan dan panduan. Namun begitu, penyelidik dinasihatkan untuk sentiasa merujuk Garis Panduan melalui portal Sistem e-Dana dari semasa ke semasa kerana MOSTI berhak mengubah garis panduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.
Pihak Urusetia Penyelidikan PTJ digalakkan membuat proses penilaian/pemurnian permohonan agar proposal yang dihantar berkualiti dan menepati keperluan garis panduan. Penyelidik yang telah mengemukakan permohonan melalui Sistem eDana perlu mengemukakan dokumen permohonan secara hardcopy kepada CRIM melalui Sekretariat Penyelidikan PTJ masing-masing mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak CRIM seperti di Lampiran B.
Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 03-89214392.
Sila klik dibawah untuk muat turun:-