Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2022 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta) mulai 20 Disember 2021.

Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses melalui pautan https://mygrants.gov.my. Tarikh akhir penghantaran proposal FRGS Tahun 2022 ke CRIM adalah pada 31 Januari 2022 (Rujuk Jadual Kerja Permohonan Geran FRGS Tahun 2022 yang dilampirkan).

Sehubungan dengan ini, perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan geran penyelidikan ini kepada semua penyelidik di PTJ masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai di CRIM, Puan Siti Noraida Binti Sood (Tel: 03-89215631, Emel: ctaida@ukm.edu.my) atau Cik Bismi Nurul Ain Jannah Binti Mohd Mahthir (Tel: 03-89214064, Emel: bismi@ukm.edu.my).

Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) - Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2022 | Muat Turun / Download 2646 | Kemaskini / update 21/12/2021
FileAction
1. Surat PemaklumanDownload
2. Jadual KerjaDownload
3. Dokumen-dokumen BerkaitanDownload