Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1 Tahun 2021 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta) mulai 18 Januari 2021.

Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan https://mygrants.gov.myTarikh akhir penghantaran proposal FRGS Fasa 1 Tahun 2021 ke CRIM adalah pada 16 Februari 2021 (Rujuk Jadual Kerja Permohonan Geran FRGS Fasa 1 Tahun 2021 yang dilampirkan).

Sehubungan dengan ini, perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan geran penyelidikan ini kepada semua penyelidik di PTJ masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai di CRIM, Puan Siti Noraida Binti Sood (Tel: 03-89215631, Emel: ctaida@ukm.edu.my) atau Cik Siti Fatin Nabilah Binti Abdullah Halim (Tel: 03-89214064, Emel: fatin_nabilah@ukm.edu.my).

**Pautan Video Sesi Taklimat Panduan dan Kriteria Permohonan FRGS Tahun 2021 Pada 7 Januari 2021: https://drive.google.com/drive/folders/1A9IXAMMenRGJ0ucQcy_dwPGgwEMQTZ9I?usp=sharing

Sila klik dibawah untuk muat turun:-