Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Dana Padanan Kolaborasi (DPK) Tahun 2021 mulai 3 Oktober 2022. Pembukaan permohonan adalah sepanjang tahun, tertakluk kepada baki peruntukan yang ada.

Sebagai makluman  kepada YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan, pembukaan dana ini terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu Geran Padanan DPK,  Insentif Galakan DPK dan Geran Pembiayaan Sepadan DPK. Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Dana Padanan Kolaborasi. Semua permohonan daripada penyelidik perlu di hantar kepada CRIM melalui Sekretariat Penyelidikan fakulti/institut/pusat. 

Justeru, kerjasama pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan geran ini kepada semua penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. 

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan  boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim  di talian 03-89214679 atau Encik Mohd Asraf Mohamad Farid di talian 03-89214455.

Pembukaan Permohonan Dana Padanan Kolaborasi (DPK) Tahun 2022 | Muat Turun / Download 569 | Kemaskini / update 03/10/2022
FileAction
1. UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP12 Garis Panduan Dana Padanan Kolaborasi (Tarikh kuat kuasa:1 Oktober 2022)Download
2. UKM-SPKP-CRIM-PK01-SS06 Senarai Semak Permohonan Dana Padanan Kolaborasi (Tarikh kuat kuasa: 1 Oktober 2022)Download