Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Dana Padanan Kolaborasi (DPK) Tahun 2021 mulai 10 Mac 2021. Pembukaan permohonan adalah sepanjang tahun, tertakluk kepada baki peruntukan yang ada.
Pembukaan dana ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu Geran Padanan DPK dan Insentif Galakan DPK. Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Dana Padanan Kolaborasi. Semua permohonan daripada penyelidik perlu di hantar kepada CRIM melalui Sekretariat Penyelidikan fakulti/institut/pusat.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 03-89214392.
**Garis panduan DPK ini dibaca bersama Pekeliling CRIM Bil.15/2020 (https://bit.ly/3cjs4JZ)
Sila klik dibawah untuk muat turun:-
- Garis Panduan: http://bit.ly/37VLBgd
- Senarai Semak Permohonan Dana Padanan Kolaborasi (Tarikh kuat kuasa: 1 Februari 2020): http://bit.ly/2UtW4v8