Kerajaan Jepun telah memanjangkan permohonan kepada Kerajaan Malaysia untuk menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development – SATREPS) bagi tahun kewangan 2021. Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di antara Jepun dan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang tersebut.

 

Maklumat lanjut mengenai SATREPS (tempoh, peruntukan dan lain-lain maklumat berkaitan) boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang https://www.jica.go.jp/english/our_work/science/satreps.htmlBersama-sama ini disertakan Format Permohonan (Lampiran A), MOHE Cost Proforma (Lampiran B), Senarai Semak Penghantaran Permohonan SATREPS Tahun Kewangan 2021 (Lampiran C) dan Masterlist Permohonan SATREPS Tahun Kewangan 2021 (Lampiran D)  untuk perhatian dan tindakan. 

 

Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada syarat dan kriteria permohonan.  Sukacita pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. dipohon untuk membuat saringan di peringkat PTJ bagi mengenal pasti projek yang berpotensi sebelum dikemukakan kepada CRIM selewat-lewatnya pada  22 September 2020 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengah hari. Ulasan penilaian di peringkat PTJ perlu dikemukakan bersama kepada CRIM. Permohonan yang tidak melalui Sekretariat Penyelidikan PTJ tidak akan dipertimbangkan untuk diperaku ke KPT.

 

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan PTJ  kepada CRIM adalah seperti berikut:

  1. Surat rasmi Fakulti/Institut/Pusat : Sebagai bukti penghantaran permohonan.
  2. Borang Permohonan : 1 salinan lembut (softcopy) dalam format pdf (emel kepada psupp@ukm.edu.my), 3 salinan keras (hardcopy) dan Ulasan penilaian oleh Panel Penilai/JK Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat. Format penilaian adalah tertakluk kepada Fakulti/Institut/Pusat masing-masing.
  3. Perincian Belanjawan MoE Cost Proforma : 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel (emel kepada psupp@ukm.edu.my) dan 3 salinan keras (hardcopy).
  4. Senarai Permohonan  (Masterlist) : 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel dan mengikut templet yang diberikan (emel kepada psupp@ukm.edu.my) dan 1 salinan keras (hardcopy).

Sukacita kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr. dapat memanjangkan perkara ini kepada penyelidik di bawah pengurusan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr.

 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Cik Adila Abdul Rasib di talian 03-892143792.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-