Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) sebagai focal point APEC Policy Partnership on Science,Technology and Innovation (PPSTI) sedang membuat panggilan Kertas Konsep untuk projek di bawah Forum PPSTI.
Penyelidik yang berminat boleh mengisi borang permohonan kertas konsep mengikut format yang ditetapkan oleh APEC. Kertas konsep perlu dihantar terus kepada Cik Nurliyana Shamimie binti Rusli, Sekretariat APEC di Bahagian Antarabangsa, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) selewat-lewatnya sebelum 13 Disember 2019 melalui emel ke shamimie@mestecc.gov.my dan disalinkan kepada emel asraf@ukm.edu.my dan Sekretariat Penyelidikan Fakulti / Institut / Pusat untuk tujuan rekod universiti.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada Cik Nurliyana Shamimie binti Rusli di talian 03-8885 8546.
[/vc_column_text][vc_raw_html]JTVCd3BkbV9wYWNrYWdlJTIwaWQlM0QlMjcxNTcyOCUyNyU1RA==[/vc_raw_html][/vc_column][/vc_row]