Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) sedang menawarkan permohonan Geran Makna Cancer Research Award bagi Tahun 2020. Penyelidik/pelajar pasca-Siswazah yang berminat boleh mengisi borang permohonan secara dalam talian melalui Pangkalan Data Top Research Scientists Malaysia (TRSM) www.mytopscientists.org.
Setiap permohonan perlu disahkan oleh Dekan/Pengarah Fakulti/Institut/Pusat. Maklumat permohonan daripada penyelidik/pelajar yang telah dihantar secara dalam talian perlu diemelkan kepada pegawai CRIM (emel : psupp@ukm.edu.my) dan disalinkan kepada Timbalan Dekan Penyelidikan Fakult /Timbalan Pengarah Institut/Pusat untuk tujuan rekod.
Maklumat lanjut boleh juga dicapai melalui http://makna.org.my/services/research/.
Tarikh akhir penghantaran permohonan ialah pada 15 Mei 2020 (Jumaat) sebelum jam 5 petang.
Sebarang pertanyaan mengenai perkara berikut boleh hubungi :
- Makna Cancer Research Award – emel kepada peifeng.choong@makna.org.my/ashira.ahmad@makna.org.my
- ASM Awards & Recognitions syestem and database – 03-62030633/emel kepada awards@akademisains.gov.my
Sila klik dibawah untuk muat turun:-