Tarikh: 21 hingga 22 Jun 2023
Anjuran: CRIM
Jumlah Projek Terlibat: 21 projek FRGS, 1 program TRGS
Mulai tahun 2022, CRIM telah mula melaksanakan pemantauan peringkat UKM untuk memantau prestasi projek, kewangan serta pencapaian output projek di bawah Dana Penyelidikan KPT (FRGS/TRGS/LRGS) bagi projek yang bermasalah dan diberikan status Need Closer Monitoring oleh KPT atau oleh CRIM semasa menilai laporan MyGRANTS pada setiap kali sesi pemantauan dibuka. Pada tahun ini merupakan kali ketiga sesi pemantauan ini dilaksanakan di UKM.
Tujuan pemantauan geran di bawah DP KPT dijalankan adalah bagi memastikan pelaksanaan projek penyelidikan mengikut perancangan dan pemantauan yang berkesan di peringkat IPT/institusi oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM).
Panel pakar dijemput untuk menilai prestasi dan memberikan cadangan penyelesaian untuk projek bermasalah dapat melaksanakan penyelidikan dan mencapai objektif serta jejak kunci yang telah dijanjikan.
Wakil Urus setia Penyelidikan PTJ juga dijemput hadir untuk bersama-sama terlibat dalam sesi pembentangan pemantauan ini bagi memastikan pihak PTJ terus memberi sokongan dan pemantauan kepada projek yang terlibat.