Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Projek Penyelidikan Kelestarian UKM diperkenalkan pada penghujung tahun 2023 bertujuan untuk merancakkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembudayaan kelestarian dalam kampus. Inisiatif ini selari dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) dan Pelan Kelestarian UKM. Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil. 10/2023 pada 11 Julai 2023 telah bersetuju meluluskan sejumlah peruntukan untuk projek penyelidikan kelestarian ini menggunakan peruntukan Dana Universiti Penyelidikan.  

3.             Objektif projek penyelidikan ini adalah untuk: 

a)      Menggiatkan pembudayaan SDGs dalam kalangan warga penyelidik UKM. 

b)      Memanfaatkan kepakaran penyelidik UKM bagi merancakkan lagi agenda dan pembudayaan kelestarian di UKM. 

c)      Mendapatkan data kelestarian yang terfokus bagi keperluan pelaksanaan di UKM. 

d)      Mencapai sasaran UKM sebagai kampus lestari menjelang 2030. 

4.             Justeru itu, pihak Universiti mengalu-alukan penyelidik UKM untuk memohon projek penyelidikan ini. Permohonan yang dikemukakan mestilah memenuhi syarat dan keperluan yang ditetapkan dalam Garis Panduan Projek Penyelidikan Kelestarian sebagaimana pada lampiran dan Syarat Tambahan yang ditetapkan seperti dinyatakan dalam surat ini. Sebagai makluman, jumlah peruntukan (siling) adalah tidak melebihi RM30,000.00 bagi setiap projek dan tempoh penyelidikan adalah satu (1) tahun atau 12 bulan. Peruntukan yang dimohon mestilah berpadanan dengan skop projek penyelidikan. Projek ini akan bermula pada tahun 2024. 

5.             Sukacita pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan dimohon untuk mengambil perhatian Syarat Tambahan permohonan seperti berikut:  

a)             Permohonan ini terbuka kepada semua kakitangan akademik aktif yang berdaftarkan dengan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) seperti mana yang disahkan oleh Pusat IDEA UKM.   

b)             Permohonan adalah secara dalam talian melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU). Tarikh akhir penghantaran permohonan adalah pada 5 Februari 2024 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah malamSila rujuk Jadual Kerja Permohonan Projek Penyelidikan Kelestarian UKM Tahun 2024 yang dilampirkan.  

c)             Bagi tahun 2024, pihak Universiti bersetuju supaya bagi Projek Penyelidikan Kelestarian tahun 2024, cadangan penyelidikan perlulah memfokus kepada 10 SDGs seperti di bawah:  

 

SDGs 

Tema 

SDG 1 

Tiada Kemiskinan No Poverty 

Isu Kemiskinan 

SDG 2 

Sifar Kelaparan  

Zero Hunger 

 

      Kesihatan dan Keselamatan Makanan 

      Pengurusan Sisa Makanan  

SDG 3 

 

Kesihatan Yang Baik Dan 

Kesejahteraan Good Health and Well-Being 

Kesedaran dan Kesihatan Warga  

SDG 4 

 

Pendidikan Berkualiti 

Quality Education 

 

      Akses Pembelajaran Terbuka Untuk 

Masyarakat 

        Peningkatan Fasiliti Pembelajaran Digital 

SDG 5 

Kesaksamaan Gender

Gender Equality 

 

 

      Akses Kemudahan Materniti Dan 

Kanak-Kanak

        Program Pementoran Dan Galakan Pelajar Wanita 

SDG 10 

Mengurangkan Ketidaksamaan 

Reduced Inequalities  

Perkhidmatan dan Keperluan Warga OKU 

 

SDG 11 

Bandar Dan Komuniti Mampan 

Sustainable Cities and Communities

      Kualiti udara  Jejak karbon

SDG 12 

Penggunaan Dan Penghasilan 

Yang Bertanggungjawab 

Responsible Consumption and 

Production

      Rawatan Sisa Toksik Dan Organik  

      Inovasi Kitar Semula 

 

 

SDG 13 

Tindakan Iklim  Climate Action

 

      Inisiatif Kampus Rendah Karbon Pengurangan Pelepasan Karbon  

SDG 15 

Kehidupan Di Darat  

Life on Land 

 

 

Inventori Data Kepelbagaian Biologi 

Kehidupan di Darat, Ruang Kawasan Terbuka, Kawasan Diliputi Hutan, 

Tanaman serta Ruang Penyerapan Air.


d)             Penyelidikan ini hendaklah berdasarkan kepada kajian kelestarian di UKM di mana Lokasi kajian adalah dalam kampus, iaitu di Kampus Bangi, Kampus Kuala Lumpur (Cheras dan Jalan Raja Muda) dan Makmal-makmal Alami UKM.  

e)             Pemohon perlu mengadakan perbincangan awal dengan Peneraju Kluster Penyelidikan bagi KPU masing-masing untuk menentukan SDG dan tema yang bersesuaian dengan bidang kepakaran KPU.  

6.             Sebagai makluman kepada semua PTJ, Pusat IDEA UKM dan Peneraju Kluster serta PusatSTRATEGI-UKM turut sama memainkan peranan dalam pengurusan Projek Penyelidikan Kelestarian UKM Tahun 2024 ini sebagaimana berikut: 

            I. PUSAT IDEA DAN PENERAJU KLUSTER: 

a)      Bertanggungjawab untuk menyelaras penyediaan cadangan penyelidikan dengan Peneraju Kluster Penyelidikan dan Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) bagi memastikan cadangan penyelidikan adalah memberikan focus kepada 10 SDGs seperti yang dinyatakan pada Perkara 5.c.  

b)      Bertanggungjawab membuat saringan awal cadangan penyelidikan terbaik yang perlu dimajukan ke CRIM (Penghantaran secara dalam talian melalui SMPU oleh pemohon) untuk proses penilaian peringkat UKM. 


c)      Hanya permohonan yang disenaraikan oleh Pusat IDEA dalam Masterlist Senarai Permohonan yang diperakukan akan diproses untuk 

      penilaian peringkat UKM oleh CRIM.  

Capaian ke Jadual Kerja Pembukaan dan Garis Panduan Geran seperti berikut: https://bit.ly/3RBrWtQ