Mesyuarat Pengurusan CRIM Bil. 6/2020 pada 17 Ogos 2020 telah bersetuju membuat penambahbaikan terhadap Garis Panduan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) dengan membenarkan pelantikan GRA dalam kalangan pelajar Sarjana bukan warganegara di samping pelantikan dalam kalangan pelajar pengajian Doktor Falsafah sebagaimana garis panduan sedia ada. 

 

Ratio pelantikan antara pelajar warganegara dan bukan warganegara adalah berdasarkan penetapan yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan CRIM

 

Sebagai makluman kepada pihak YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Tuan/Puan, pindaan ini adalah selari dengan peraturan pelantikan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan peraturan lain yang berkaitan di peringkat UKM. Garis panduan baharu ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020. 

 

Bersama-sama ini disampaikan Garis Panduan berkaitan untuk makluman dan rujukan pihak PTJDokumen garis panduan baharu ini juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang CRIM, http://research.ukm.my/muat-turun/.

 

Kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan adalah dipohon agar dapat memaklumkan perkara ini kepada semua penyelidik di bawah pengawasan dan penyeliaan YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan terus kepada pegawai kami, Encik Mohd Asraf Bin Mohd Farid di talian 03-89214455.