UNESCO menerusi Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah memanjangkan hebahan mengenai pencalonan 2021 UNESCO-Russia Mendeleev International Prize in the Basic Sciences yang menawarkan hadiah bernilai USD250,000. Anugerah tahunan ini adalah sebagai pengiktirafan kepada penyelidik bagi pencapaian dalam basic science dari segi pembangunan, penyebaran dan kerjasama antarabangsa.
Maklumat lanjut mengenai anugerah ini boleh diperoleh menerusi pautan https://en.unesco.org/stem/basic-sciences-prize.
Dilampirkan bersama-sama Circular Letter serta Rules and Regulations berkaitan 2021 UNESCO-Russia Mendeleev International Prize in the Basic Sciences seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2 untuk makluman dan rujukan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
Penyelidik yang berminat hendaklah membuat permohonan secara atas talian dan perlu dilengkapkan selewat-lewatnya pada 5 Mac 2021 (Jumaat) bagi tujuan penyelarasan oleh SKUM selanjutnya.
Sila klik dibawah untuk muat turun:-