Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Malaysia telah menerima pelawaan daripada ASEAN Centre for Energy (ACE) untuk menyertai ASEAN Energy Awards 2020. Anugerah ini bertujuan untuk menghargai usaha serta meningkatkan kesedaran berkenaan dalam bidang tenaga lestari/hijau, tenaga boleh diperbaharui, pengurusan mampan tenaga dan bangunan cekap tenaga di kalangan negara-negara ASEAN Member States (AMS).

ASEAN Energy Awards 2020 terdiri daripada empat (4) kategori:-
(i) ASEAN Best Practices of Energy Efficient Buildings (EEB) Awards;
(ii) ASEAN Best Practices of Green Building (GB) Awards;
(iii) ASEAN Best Practices of Energy Management (EM) in Buildings and Industries Awards; dan
(iv)ASEAN Renewable Energy (RE) Projects Awards.


MESTECC akan membuat saringan di peringkat nasional sebelum mengemukakan penamaan wakil Malaysia untuk dipertandingkan di peringkat ASEAN. Para pemenang akan diumumkan semasa Majlis Makan Malam Gala The ASEAN Ministers on Energy Meeting (AMEM) Ke-38 di Vietnam yang dijadualkan pada bulan September 2020.

Bersama-sama ini disampaikan garis panduan dan dokumen sokongan bagi setiap kategori berkaitan rujukan.

Penyelidik yang memenuhi kriteria dan pemarkahan yang digariskan, boleh mengemukakan permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada alarif@mestecc.gov.my dan haslinda@mestecc.gov.my (disalinkan kepada emel pegawai CRIM, psupp@ukm.edu.my dan Dekan/Pengarah fakulti/institut/pusat) pada atau sebelum 6 Mac 2020 (Jumaat) untuk tujuan penyelarasan diperingkat MESTECC.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-