Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan Dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1 Tahun 2020 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta mulai 6 Januari 2020. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan https://mygrants.gov.my.
Tarikh akhir penghantaran proposal FRGS Fasa 1 Tahun 2020 peringkat UKM adalah pada 10 Februari 2020. Sila rujuk Jadual Kerja Permohonan Geran FRGS Fasa 1/2020 yang dilampirkan.
Pembukaan FRGS Fasa 1 Tahun 2020 adalah berdasarkan pada tujuh (7) domain penyelidikan seperti berikut:
1⃣ Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);
2⃣ Teknologi dan Kejuruteraan (TK);
3⃣ Sains Tulen dan Gunaan (STG);
4⃣ Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK);
5⃣Sains Sosial (SS);
6⃣ Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI); dan
7⃣ Warisan Alam dan Budaya (WAB)
Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
4.1 Universiti
➖ Diwajibkan berdaftar dan mengisi data pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA®) dalam Sistem Malaysia Research Assessment Instrument (Sistem eMyRA) Tahun 2018;
➖ Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) perlu memastikan penyelidik yang telah diluluskan projek penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan KPM bagi fasa terdahulu telah mengisi dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir dalam MyGRANTS dan disahkan oleh RMC berdasarkan Laporan Pemantauan Bilangan 2 Tahun 2019; dan
➖ RMC perlu membuat penilaian dalaman di peringkat Universiti dengan minimum dua (2) orang panel penilai untuk setiap permohonan.
4.2 Penyelidik
➖ Permohonan geran penyelidikan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan (sila rujuk Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2020);
➖ Ketua Projek mestilah telah mengisi dan melengkapkan Laporan Prestasi bagi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam Modul Pemantauan MyGRANTS (dikecualikan untuk RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, NRGS);
➖ Penyelidik hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan sebagai Ketua Projek bagi FRGS atau PRGS; dan satu (1) permohonan sebagai Ketua Projek bagi TRGS atau LRGS; dan
➖ Penyelidik perlu mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP), Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. CRIM dan Kementerian berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tersebut tidak dikemaskini atau tidak lengkap.
4.3 Siling permohonan FRGS adalah RM250,000.00 bagi tempoh dua (2) atau tiga (3) tahun penyelidikan;
4.4 Setiap permohonan dimestikan untuk mematuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2020) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPM yang berkuat kuasa. Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2020) juga boleh diakses melalui Portal MyGRANTS. Pindaan terkini dalam Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2020) adalah seperti yang diwarnakan biru.
Pihak PTJ adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan yang lengkap dan berkualiti dihantar secara atas talian menggunakan MyGRANTS mengikut tempoh masa yang ditetapkan serta memenuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2020) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPM yang berkuat kuasa. CRIM dan Kementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan yang gagal untuk mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/Prof./Dr. boleh menghubungi pegawai di CRIM, Puan Siti Noraida Binti Sood (Tel: 03-89215631, Emel: ctaida@ukm.edu.my) atau Cik Siti Fatin Nabilah Binti Abdullah Halim (Tel: 03-89214064, Emel: fatin_nabilah@ukm.edu.my).
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_empty_space height=”10px”][vc_custom_heading text=”Sila klik dibawah untuk muat turun:-” font_container=”tag:h5|text_align:left” use_theme_fonts=”yes”][ultimate_icon_list icon_size=”10px”][ultimate_icon_list_item icon_type=”custom” icon_img=”id^15921|url^http://research.ukm.my/wp-content/uploads/2020/01/3009539621529652585.svg|caption^null|alt^null|title^3009539621529652585|description^null”]Garis Panduan[/ultimate_icon_list_item][ultimate_icon_list_item icon_type=”custom” icon_img=”id^15921|url^http://research.ukm.my/wp-content/uploads/2020/01/3009539621529652585.svg|caption^null|alt^null|title^3009539621529652585|description^null”]Jadual Kerja Permohonan[/ultimate_icon_list_item][ultimate_icon_list_item icon_type=”custom” icon_img=”id^15921|url^http://research.ukm.my/wp-content/uploads/2020/01/3009539621529652585.svg|caption^null|alt^null|title^3009539621529652585|description^null”]Masterlist Permohonan[/ultimate_icon_list_item][/ultimate_icon_list][/vc_column][/vc_row]