Bersama-sama email ini dilampirkan maklumat lanjut berkenaan tawaran permohonan kerjasama penyelidikan tersebut di atas untuk diperpanjangkan kepada penyelidik bawah pengurusan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan.

Berikut adalah perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan:

1. Topik Request for Proposal (RFP) yang ditawarkan adalah seperti di bawah: 

1. Kajian Tafsiran Semula Jenis-jenis Zakat Satu Analisis Kontemporari di Negeri Sembilan (https://rb.gy/u7kdv)

2. Kajian Taksiran Semula Had Kifayah Pembayar Zakat (Muzakki) di Negeri Sembilan (https://rb.gy/rvfac)

3. Kajian Pembinaan Modul Dakwah dan Promosi Perkhidmatan MAINS (https://rb.gy/7fruu)

4. Kajian Eksplorasi Produk Wakaf Komprehensif dan Pelaksanaannya di Negeri Sembilan (https://rb.gy/50jpg)

5. Kajian Penetapan Penerima Agihan Ain dan Manfaat Wakaf di Negeri Sembilan (https://rb.gy/hfhql)

6. Kajian Pelaksanaan Perkhidmatan Gadaian Hak Milik Orang Islam di MAINS (https://rb.gy/7l7gi)

7. Kajian Keberkesanan Sistem Teleskop Mobile Astrofotografi Bersaiz Kecil dan Sederhana Dalam Kerja-kerja Tinjauan Langit di Kompleks Baitul Hilal MAINS (https://rb.gy/6oera)

8. Kajian Koordinat Kedudukan Asteroid Untuk Memperolehi Kod Observatori Antarabangsa Bagi Kompleks Baitul Hilal MAINS (https://rb.gy/qo5m8)

9. Kajian Tahap Pengamalan dan Kefahaman Islam Masyarakat di Negeri Sembilan (https://rb.gy/sez8w)

10. Kajian Model Pembangunan Sosioekonomi Belia Islam di Negeri Sembilan (https://rb.gy/nyqup)

11. Kajian Penerapan Konsep Malaysia Madani Dalam Tadbir Urus Agensi Agama di Negeri Sembilan (https://rb.gy/23zxb)

12. Kajian Potensi Pembangunan Hasil MAINS Melalui Pajakan Hartanah (https://rb.gy/5zmtm)

2. Sila teliti garis panduan setiap RFP. Kriteria Penilaian dan Format Kertas Cadangan Penyelidikan ada dinyatakan dalam RFP setiap topik.

3. Tarikh Tutup: 4 Ogos 2023 (Jumaat).

4. Penyelidik dikehendaki menghantar softcopy (format Microsoft Word) dan surat permohonan kepada alamat ini melalui e-mel seperti di bawah dan disalinkan kepada CRIM (ctaida@ukm.edu.my) untuk rekod:

Setiausaha MAINS

Aras 14, Menara MAINS,

Jalan Taman Bunga,

70100 Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus

(u.p. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan)

E-mel: penyelidikan@mains.gov.my