Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka penawaran Program Translasional Penyelidikan 2023 dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah dilantik sebagai Ketua Projek (Universiti Peneraju) bagi bidang fokus Kesejahteraan Sosial.
1. Antara objektif Program Translasional Penyelidikan 2023 adalah untuk:
- Menghasilkan penyelesaian yang komprehensif terhadap isu-isu semasa negara melalui inovasi sosial;
- Menghasilkan output dan outcome yang telah diterjemahkan dan memberikan manfaat kepada negara; dan
- Membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
2. Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Datin/Dato’/Prof./Prof. Madya/Tuan/Puan adalah dijemput untuk mengemukakan cadangan program atau projek pembangunan berasaskan penyelidikan fundamental berkaitan tema di atas yang berpotensi untuk diterjemahkan untuk faedah kerajaan, industri, akademia dan perlu merangkumi skop berikut: https://bit.ly/44Ot2re
- Menyokong Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menumpukan kepada penambahbaikan dan kecekapan perniagaan;
- Bersifat koperasi atau konsortium yang menyokong komuniti serta menumpukan manfaat ekonomi dan kesejahteraan sosial;
- Melibatkan agensi Kerajaan dan akademia yang merangkumi pembangunan, perancangan atau pelan strategik; dan
- Bersifat multi atau inter discipline.
3. Pemohon yang berminat hendaklah menyediakan Kertas Kerja Penuh dan mengemukakan kepada Sekretariat selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam melalui emel irnisyuhada@usm.my dan yananajwa@usm.my
4. Sukacita pihak CRIM mengambil perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan mengenai perkara-perkara seperti di bawah:
Perkara |
Tarikh |
Penyerahan Kertas Kerja Penuh Projek Penyelidikan Translasional |
31 Julai 2023 |
Penilaian Kertas Kerja Penuh Projek Penyelidikan Translasional Peringkat USM |
7 Ogos 2023 |
Penyerahan Kertas Kerja Penuh Projek Penyelidikan Translasional Kepada KPT |
12 Ogos 2023 |
i) Pemohon yang berminat hendaklah menyediakan Kertas Kerja Penuh dan mengemukakan kepada Sekretariat USM selewat-lewatnya pada 31 Julai 2023 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam melalui emel irnisyuhada@usm.my dan yananajwa@usm.my .
ii) Salinan Kertas Kerja Penuh yang dihantar ke Sekretariat USM mohon disalinkan juga kepada CRIM (ctaida@ukm.edu.my) untuk tujuan pemakluman dan rekod.