Bersama-sama ini disertakan maklumat lanjut berkenaan tawaran permohonan dana penyelidikan tersebut di atas untuk diperpanjangkan kepada penyelidik bawah pengurusan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan.

Berikut adalah perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan:

1. Pautan kepada borang permohonan dan garis panduan: http://www.sumitomo.or.jp/e/Jare/japanrela.html 

2. Permohonan dana Sumitomo telah dibuka bermula 1 Sept – 31 Okt 2023.

3. Tarikh tutup penghantaran permohonan kepada pihak Sumitomo Foundation adalah pada 31 Oktober 2023 (sebelum 17:00 waktu Jepun). 

4. Mohon emelkan salinan permohonan kepada CRIM (ctaida@ukm.edu.my) untuk rekod.

 Kerjasama dan perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.