Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) telah menerima surat hebahan daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bertarikh 26 Ogos 2020 mengenai pembukaan permohonan Program Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) Tahun 2020. Program KKP ini adalah program baharu yang dilaksanakan oleh KPT bagi menggalakkan penyelidikan bidang nic melalui gabungan kerjasama antara kumpulan penyelidik IPT. KKP merupakan gabungan kumpulan penyelidik dari Pusat Kecemerlangan (CoE) di IPT dengan kumpulan penyelidik di CoE lain dan/atau kumpulan penyelidik (berbeza IPT) yang sama bidang kepakaran bagi menghasilkan kerangka kerja yang diharapkan dapat menyelesaikan masalah nasional.

Permohonan ini dibuka mulai 4 September 2020 hingga 30 September 2020 berdasarkan lapan (8) bidang keutamaan seperti berikut:

i. Pengangkutan dan Mobiliti

ii. Kepintaran Buatan

iii. 4 Revolusi lndustri

iv. Pengajaran dan Pembelajaran

v. Industri Kreatif

vi. Pembelajaran Digital

vii. Future Food

viii. Daya Saing Ekonomi

Borang permohonan dan Garis Panduan KKP boleh dimuat turun bermula 4 September 2020 daripada laman sesawang KPT iaitu, http://www.mohe.gov.my. Perincian mengenai prosedur permohonan sila rujuk surat KPT seperti yang dilampirkan.

Semua permohonan ini akan diselaraskan di peringkat CRIM, di bawah portfolio Timbalan Pengarah (lnfrstruktur & lnstrumentasi). Semua permohonan perlu dikemukakan kepada Timbalan Pengarah (lnfrstruktur dan lnstrumentasi) sebelum 23 September 2020 bagi tujuan semakan dan penyelarasan sebelum ianya dikemukakan oleh CRIM kepada KPT.

Justeru, sukacita kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dipohon agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada semua kakitangan akademik/penyelidik di Fakulti/lnstitut/Pusat masing-masing.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini, boleh berhubung terus dengan Prof. Madya Ts. Dr. Lee Khai Ern, Timbalan Pengarah (lnfrastruktur & lnstrumentasi), dan pihak sekretariat di Makmal i-CRIM, Puan Norzamzurina Binti Ismail, Pegawai Sains Kanan di talian 03-89118506 (norzamzurina@ukm.edu.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-