YBhg. Prof. Ulung/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan,

 

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

Sehubungan dengan ini, sukacita dipanjangkan hebahan di atas yang jelas maksudnya untuk makluman semua PTJ.  Kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan dipohon agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada warga PTJ masing-masing.

 

Sukacita pihak CRIM memohon perhatian perkara-perkara berikut kepada penyelidik yang berminat untuk memohon geran ini:

i) Rujuk kepada Garis Panduan Garis Panduan Pelaksanaan Program Kajian Jangka Pendek Kementerian Ekonomi sebelum mengisi Borang Permohonan.

ii) Tempoh projek penyelidikan yang dijalankan di bawah Geran ini adalah maksimum 6 bulan. Lanjutan tempoh kajian tidak dibenarkan.

iii) Borang Permohonan, Garis Panduan dan Slaid Taklimat oleh Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) Kementerian Ekonomi juga boleh dicapai melalui pautan https://bit.ly/3xDK9Rs.

iv) Setiap permohonan mestilah melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) universiti masing-masing. Oleh itu, Borang Permohonan yang lengkap (termasuk CV setiap ahli penyelidik) perlu dihantar kepada CRIM sebanyak satu (1) salinan keras (hardcopy) selewat-lewatnya pada 16 Julai 2024 (Selasa) sebelum pukul 4.00 petang untuk perakuan Pengarah CRIM, penyelarasan dan penghantaran kepada Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) Kementerian Ekonomi.

 

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan boleh terus berhubung dengan sekretariat sebagaimana tertera dalam slaid yang dilampirkan dalam emel ini. Kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan dalam perkara ini kami dahului dengan terima kasih.