Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan Di Bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) Tahun 2024
– Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM)
– Geran Universiti Penyelidikan (GUP)
– Dana Impak Perdana 2.0 (DIP 2.0)
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2024 bagi geran berikut:
i. Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM).
ii. Geran Universiti Penyelidikan (GUP).
iii. Dana Impak Perdana 2.0 (DIP 2.0)
3. Permohonan ini akan dibuka kepada penyelidik mulai 17 April 2024 (Rabu) sehingga 16 Mei 2024 (Khamis). Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/
4. Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk Garis Panduan yang terkini di laman web CRIM (http://research.ukm.my/muat-turun) atau di SMPU. Garis Panduan Juga dilampirkan bersama dalam emel ini.
(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi siling yang ditetapkan.
(iii) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif dibenarkan membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika tahap kewangan projek adalah pada kadar 75% dan ke atas.
(iv) Pemohon perlu memastikan semua laporan akhir projek penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) telah dihantar melalui SMPU (pemohon sebagai ketua projek) dan laporan berkenaan perlu disemak dan diperaku oleh Sekretariat Penyelidikan PTJ sebelum tarikh tutup permohonan ini.
(v) Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat. Tatacara/panduan penilaian boleh merujuk kepada UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP15:Garis Panduan Penilaian Geran Penyelidikan. Pihak fakulti/institut/pusat perlu membuat pengesahan penilaian menggunakan UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-BR06: Borang Penilaian Permohonan Geran di bawah Dana Universiti Penyelidikan (Tarikh kuatkuasa 1 April 2024). Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM.
(vi) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja sama ada GGPM/GUP/DIP 2.0 bagi tempoh pembukaan ini.
(vii) Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan projek dengan menggunakan website http://lens.org/.
(viii) Pemohon perlu mengenalpasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas penyelidikan dilaksanakan.
5. Sebagai makluman kepada YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan, pihak CRIM juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Dana ini secara dalam talian pada ketetapan berikut:
Tarikh : 17 April 2024 (Rabu)
Masa : 2.00 petang (Atur cara taklimat dilampirkan)
Pautan : Aplikasi Webex
https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=m86c6d050492f33c64a4c5579498a80df
Meeting number: 2644 107 0547
Password: 8756#55
Nota: Semua penyelidik, Pengurusan F/I/P dan Sekretariat Penyelidikan F/I/P dijemput hadir.
6. Sukacita kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dipohon untuk memaklumkan/memanjangkan hebahan pembukaan permohonan geran ini kepada semua penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. Bersama-sama ini disampaikan maklumat seperti berikut untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan:
i. Jadual Kerja Permohonan
ii. Senarai semak bagi setiap geran untuk makluman dan rujukan
iii. Borang Penilaian Projek Penyelidikan
iv. Garis Panduan Bagi Setiap Geran
v. Borang Persetujuan Sebagai Penyelidik Bersama
vi. Contoh LoI
vii. Poster hebahan pembukaan geran
7. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami seperti berikut:
i. Puan Siti Noraida Sood
Pegawai Penyelidik Q48/Ketua Seksyen Geran Penyelidikan & MyRA
03-8921 5631
ii. Encik Mohd Asraf Mohamad Farid
Penolong Pendaftar
03-8921 4455
iii. Cik Bismi Nurul Ain Jannah Mohd Mahthir
Penolong Pendaftar
03-8921 4679
8. Sekian dulu untuk makluman dan tindakan selanjutnya oleh pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan. Kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.