Fakulti Perubatan UKM akan membuka permohonan Geran Khas Covid-19 Fakulti Perubatan UKM (GCOVID-19) bermula pada 20 Mac 2020 sehingga 20 April 2020. Bersama-sama ini disampaikan poster hebahan, Garis Panduan dan Borang Permohonan untuk rujukan dan panduan pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan.
Sehubungan itu, semua kakitangan akademik UKM dipelawa untuk memohon geran ini dengan mengisi Borang Permohonan yang dilampirakn bersama ini. Borang permohonan juga boleh dimuat turun di laman sesawang Sekretariat Penyelidikan & Inovasi (http://www.ukm.my/spifper) atau CRIM-UKM (http://research.ukm.my). Salinan lembut (softcopy) Borang Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar kepada Sekretariat Penyelidikan & Inovasi (SPI), Fakulti Perubatan melalui emel sppi@ppukm.ukm.edu.my
Justeru, sukacita diharapkan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dapat memaklumkan perkara ini kepada semua penyelidik di bawah seliaan masing-masing. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi pegawai SPI iaitu Puan Siti Noorain di talian 03-91459498 atau emel sitinoorain@ppukm.ukm.edu.my dan Puan Nurazilah di talian 03-91459497 atau emel intuiti_2011@yahoo.com.
Sila klik dibawah untuk muat turun:-