Asia Pacific Telecommunity (APT) melalui surat rujukan: APT/PD-1.5.1/ICT-Dev’t/Inv bertarikh 25 Mei 2020 telah mempelawa negara-negara anggotanya untuk mengemukakan cadangan International Collaborative Research dan ICT Pilot Projects for Rural Areas for 2020 melalui pembiayaan oleh Kerajaan Jepun.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai `focal point ` APT, mempelawa Universiti Awam untuk menyertai projek ini dan permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan dokumen berkaitan yang boleh dimuat turun di https://bit.ly/2CbznoN

Maklumat lanjut berkenaan projek ini juga boleh didapati dengan melayari laman sesawang http://www.apt.int/APTICT

Semua permohonan perlu perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada 4 Ogos 2020 (Selasa) sebelum jam 12.00 tengah hari melalui Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat untuk tujuan penyelarasan di peringkat CRIM. Pihak CRIM akan menghantar permohonan secara softcopy dan hardcopy kepada KKMM selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2020 (Jumaat).

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh penyelidik dan Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat adalah seperti berikut:

  1. Surat rasmi daripada Fakulti/Institut/Pusat : Sebagai bukti penghantaran permohonan
  2. Borang Permohonan : Salinan lembut (softcopy) – emel kepada psupp@ukm.edu.my dan 2 salinan keras (hardcopy)
  3. Senarai Permohonan (Masterlist) : Salinan lembut (softcopy) dalam format excel mengikut templet yang diberikan – emel kepada psupp@ukm.edu.my dan 1 salinan keras (hardcopy)

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada :

Pegawai KKMM

  1. Encik Mohd Azreey Shah Abd. Aziz : azreey@kkmm.gov.my / 03-8911 5639
  2. Puan Nur Risyah Musa : risyah@kkmm.gov.my / 03-8911 7521

Pegawai CRIM

  1. Puan Syafura Binti Abdul Halim : 03-89214679
  2. Cik Adila Abdul Rasib : 03-89214392

Sila klik dibawah untuk muat turun:-