Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka Permohonan Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) dan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) tahun 2021 kepada CoE yang di IPT yang berkelayakan bagi memacu kecemerlangan penyelidikan serta perkhidmatan dan seterusnya menjadi pakar rujuk (referral point) dalam bidang nic berfokus.

Permohonan HICoE bagi Teras Penyelidikan dan lnovasi, dan Teras Perkhidmatan serta KKP 2021 akan dibuka bermula dari 13 April 2021 sehingga 27 Mei 2021 berdasarkan kepada 14 bidang nic seperti berikut:

  1. Makanan (Food)
  2. Tenaga (Energy)
  3. III. Tanaman Perladangan (Plantation Crops)
  4. Keselamatan Siber (Cyber Security)
  5. Air (Water)
  6. Biodiversiti (Biodiversity)
  7. VII. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan (Healthcare and Medicine)
  8. VIII. Persekitaran dan Perubahan lklim (Environment and Climate Change)
  9. Pengangkutan dan Mobiliti (Transportation and Mobility)
  10. Pendidikan (Education)
  11. Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan (Business and Financial Services)
  12. XII. Budaya Kreatif dan lndustri (Creative Culture and Industry)
  13. XIII. Teknologi Pintar dan Sistem (Smart Technology and System)
  14. XIV. Pengetahuan dan Penemuan Sains Terkehadapan (Knowledge and Discovery of Frontiers)

Justeru, pihak CRIM akan mengadakan satu taklimat mengenai permohonan ini yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ismanizan Ismail dan YBhg. Prof. Dr. Che Hassan Che Haron secara atas talian. Kehadiran YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan. Ketetapan taklimat adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 April 2021 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi 
Talian zoom:  https://bit.ly/2Q6cjyu

Maklumat dan dokumentasi berkaitan permohonan HICoE dan KKP boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPT iaitu http://www.mohe.gov.my bermula pada 13 April 2021 (Selasa). Permohonan KKP hendaklah dihantar secara softcopy ke emel Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Instrumentasi), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (tpicrim@ukm.edu.my) selewat-lewatnya pada 10 Mei 2021 (Isnin), jam 12.00 tengah hari.

Manakala Permohonan HICoE hendaklah dihantar secara  softcopy ke emel Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Instrumentasi), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (tpicrim@ukm.edu.my) selewat-lewatnya pada 17 Mei 2021 (Isnin), jam 12.00 tengah hari.

Sebarang kelewatan berkaitan penghantaran dokumentasi permohonan akan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan untuk proses selanjutnya

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai di CRIM, Puan Norzamzurina Ismail (Tel: 03-8911 8506, Emel: norzamzurina@ukm.edu.my).

Hebahan dan Taklimat Pembukaan Program Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) dan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2021 | Muat Turun / Download 1761 | Kemaskini / update 12/04/2021
FileAction
1. Surat Pemakluman KPTDownload
2. Hebahan Pembukaan Dana KKP 2021 kepada FIPDownload
3. Jadual Kerja HICoE & KKP 2021Download