Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang membantu negara-negara membangun dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan kejuruteraan genetik serta bioteknologi. 

ICGEB telah membuka permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants bagi tahun 2021. Fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut: 

  (i)       Basic Life Sciences;

 (ii)       Human Healthcare;

 (iii)       Industrial & Agricultural Biotechnology; dan

  (iv)       Bioenergy.

Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kelayakan permohonan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2021/02/CRP-Guidelines_2021.pdf. Antara permohonan geran CRP-ICGEB Research Grants yang telah terpilih pada tahun 2019 berkaitan kajian terhadap penyakit berjangkit, kanser, penyakit metabolik dan genetik, sains tumbuhan, imuniti, genetik, dan aplikasi bioteknologi adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/wp-content/uploads/2020/01/CRPs_awards_2019.pdf

Semua permohonan bolehlah dilaksanakan secara online di link https://isg.icgeb.org/auth/login sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2021 (Jumaat).

Sehubungan dengan ini, sukacita kerjasama pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dapat memanjangkan hebahan ini kepada penyelidik bawah pengurusan  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan.

 Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh hubungi Puan Siti Zuhaini Abd Samah, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui 03-8885 8664 atau zuhaini@mosti.gov.my