United Kingdom Research and Innovation (UKRI) melalui The Medical Research Council (MRC), United Kingdom ingin mempelawa mana-mana penyelidik di Malaysia untuk memohon geran penyelidikan Health Systems Research Initiative Foundation Grant untuk i) exploratory, stand-alone studies atau ii) pilot/feasibility work bagi menambahbaik sistem kesihatan di negara berpendapatan rendah dan sederhana (Low and Middle Income Countries, LMIC).
Untuk makluman, penawaran geran ini tidak terbuka kepada kajian yang berfokuskan kepada penyakit tertentu. Tujuan skim geran Penyelidikan Health Systems Research Initiative (HSRI) ini ditawarkan ialah untuk menyediakan peruntukan kepada kertas cadangan terbaik yang mampu menjana pengetahuan baru bagi memperkukuhkan dan menambahbaik sistem kesihatan di LMIC.
Kajian yang dibiayai oleh geran ini haruslah berpusat di negara di mana kerja-kerja penyelidikan akan dijalankan. Malaysia memenuhi syarat bagi geran ini kerana Malaysia dikategorikan sebagai LMIC oleh Bank Dunia di bawah Development Assistance Committee (DAC) bagi Official Development Assistance (ODA). Pihak universiti adalah dipohon untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:
- Jangkaan sebanyak £700,000 peruntukan tersedia bagi geran ini daripada UK Foreign, Commonwealth & Development Office(FCDO), Medical Research Council(MRC), dan Wellcome dengan kerjasama UK Economic and Social Research Council (ESRC)
- Peruntukan yang dimohon oleh organisasi penyelidikan (RO) / Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia akan dibiayai 100% dari kos ekonomi sepenuhnya
- Tempoh penyelidikan adalah tidak melebihi dua (2) tahun
- Tarikhakhir penghantaran permohonan ini adalah pada 26 Mei 2021 (16:00 waktu UK)
- Agensi pembiaya dan pelaksana bagi geran ini adalah MRC, UKdan bukan Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia
Penyelidik yang berminat untuk memohon boleh mendapatkan maklumat selanjutnya melalui laman sesawang berikut untuk makluman lebih lanjut: https://www.ukri.org/opportunity/health-systems-research-initiative-hsri-foundation-grant/
Sehubungan dengan ini, sukacita kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dapat memanjangkan hebahan ini kepada penyelidik bawah pengurusan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan.