Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) sebagai focal point Malaysia bagi Asia-Pacific Economic Cooperation Policy Partnership on Science, Technology and Innovation (APEC PPSTI) mempelawa penyelidik untuk memohon Geran APEC Kitaran 2-2021.
Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan menggunakan Borang Kertas Konsep mengikut format APEC (tidak melebihi 3 muka surat) melalui emel kepada shamimie@mosti.gov.my (U.P: Puan Nurliyana Shamimie Bt Rusli, Bahagian Antarabangsa MOSTI) selewat-lewatnya pada 5 Mei 2021 (Rabu), disalinkan kepada pegawai CRIM (psupp@ukm.edu.my) dan Sekretariat Penyelidikan PTJ untuk tujuan rekod universiti.
Sehubungan dengan ini, sukacita kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dapat memanjangkan hebahan ini kepada penyelidik bawah pengurusan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan.
Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Nurliyana Shamimie Bt Rusli melalui e-mel shamimie@mosti.gov.my atau telefon di talian 03-8885 8546.
File | Action |
---|---|
1. Annex A - APEC Project Concept Note 2021 | Download |
2. Annex B - APEC 2021 Policy Priorities | Download |
3. Annex C - Guidebook on APEC Projects Edition 15 | Download |
4. Annex D - Session 1_APEC2021 Policy Priorities PowerPoint | Download |
5. Annex E - Session 1_APEC2021 Policy Priorities PowerPoint | Download |
6. Annex F - Session 3_01 Project Overview and Intro to Quality Concept Notes | Download |