Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.   Dimaklumkan bahawa Program Penyelidikan Translasional 2023 adalah merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi yang dilaksanakan selaras dengan ucapan Belanjawan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Februari 2023 yang menetapkan supaya Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mempergiatkan lebih banyak aktiviti R&D khususnya penyelidikan yang lebih memberi manfaat kepada penyelesaian isu kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada Kerajaan, Komuniti dan Industri.

3.   Bersama-sama email ini dilampirkan maklumat lanjut berkenaan tawaran geran tersebut di atas daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang jelas maksudnya untuk diperpanjangkan kepada penyelidik bawah pengurusan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan. 

4.   Sukacita pihak CRIM mengambil perhatian YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan mengenai perkara-perkara seperti di bawah:

i) Pemohon yang berminat hendaklah menyediakan Kertas Cadangan Program mengikut templat yang dilampirkan ( https://bit.ly/3Q6e3oh ) dan mengemukakan kepada Sekretariat UPM selewat-lewatnya pada 23 Julai 2023 (Ahad) melalui pautan Google Form berikut https://forms.gle/7BwKhqNwAY2wATJQ6 

ii) Kertas cadangan hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu

ii) Salinan Kertas Kerja Cadangan Program yang dihantar ke Sekretariat UPM mohon emelkan juga kepada CRIM (ctaida@ukm.edu.my) untuk tujuan pemakluman dan rekod.