Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) bagi tahun 2023 kepada CoE yang yang berkelayakan bagi memacu kecemerlangan penyelidikan serta perkhidmatan dan seterusnya menjadi pakar rujuk (referral point) dalam bidang nic berfokus.

Permohonan HICoE bagi Teras Penyelidikan dan lnovasi, dan Teras Perkhidmatan akan dibuka bermula dari 17 April 2023 sehingga 31 Mei 2023 berdasarkan kepada 14 bidang nic seperti berikut:  

  1. Makanan (Food)
  2.  Tenaga (Energy)
  3. Tanaman Perladangan (Plantation Crops)
  4. Keselamatan Siber (Cyber Security)
  5.  Air (Water)
  6.  Biodiversiti (Biodiversity)
  7. Penjagaan Kesihatan dan Perubatan (Healthcare and Medicine)
  8.  Persekitaran dan Perubahan lklim (Environment and Climate Change)
  9. Pengangkutan dan Mobiliti (Transportation and Mobility)
  10. Pendidikan (Education)
  11. Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan (Business and Financial Services)
  12. Budaya dan Industri Kreatif (Creative Culture and Industry)
  13. Teknologi dan Sistem Pintar (Smart Technology and System)
  14. Pengetahuan dan Penemuan Sains Terkehadapan (Knowledge and Discovery of Frontiers)

Maklumat dan dokumentasi berkaitan permohonan HICoE boleh dimuat turun melalui pautan berikut: https://rb.gy/0pqtq bermula pada 17 April 2023 (Isnin). Permohonan tersebut hendaklah dihantar secara softcopy ke emel Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (norzamzurina@ukm.edu.my dan asraf@ukm.edu.my) dan salinkan kepada (drmc@ukm.edu.my, tpocrim@ukm.edu.my dan tpcrim@ukm.edu.my,) dan selewat-lewatnya pada 16 Mei 2023 (Selasa), jam 12.00 tengah hari.

Satu taklimat akan diadakan mengenai permohonan ini oleh YBhg. Prof. Dr. Che Hassan Che Haron, Task Force HiCOE KPT, Peneraju bagi Kluster Teknologi Digital dan Keterhadapan UKM pada 2 Mei 2023 (Selasa), jam 8.45 – 11 pagi secara atas talian Cisco Webex seperti berikut: bit.ly/3KOgkAa (Meeting number: 2642 609 9106 | Password: 7855#11)

Sehubungan dengan ini, perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan ini kepada CoE dan kumpulan penyelidik di PTJ masing-masing.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai di CRIM, Puan Norzamzurina Binti Ismail (Tel: 03-8911 8506, Emel: norzamzurina@ukm.edu.my) atau Encik Mohd Asraf Bin Mohamad Farid (Tel: 03-8921 4455, Emel: asraf@ukm.edu.my).