Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi Tahun 2023 bagi geran berikut:

 i.    Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM).

 ii.   Geran Universiti Penyelidikan (GUP).

iii.   Dana Impak Perdana 2.0 (DIP 2.0)

Permohonan ini akan dibuka kepada penyelidik mulai 13 April 2023 (Khamis) sehingga 19 Mei 2023 (Jumaat). Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk Garis Panduan yang terkini di laman web CRIM (http://research.ukm.my/muat-turun) atau di SMPU. Garis Panduan Juga dilampirkan bersama dalam emel ini.

(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak melebihi siling yang ditetapkan.

(iii) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif dibenarkan membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika tahap selesai projek adalah pada kadar 75% dan ke atas. 

(iv) Pemohon perlu memastikan semua laporan akhir projek penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) telah dihantar melalui SMPU (pemohon sebagai ketua projek) dan laporan berkenaan perlu disemak dan diperaku oleh Sekretariat Penyelidikan PTJ sebelum tarikh tutup permohonan ini. 

(v) Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat. Tatacara/panduan penilaian boleh merujuk kepada UKM-SPKP-CRIM-PK01-    GP15:Garis Panduan Penilaian Geran Penyelidikan. Pihak fakulti/institut/pusat perlu membuat pengesahan penilaian menggunakan UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-BR06: Borang Penilaian Permohonan Geran di bawah Dana Universiti Penyelidikan (Tarikh kuatkuasa 1 April 2023). Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM. 

(vi) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan sahaja sama ada GGPM/GUP/DIP 2.0 bagi tempoh pembukaan ini.

(vii)  Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan projek dengan menggunakan website http://lens.org/.

(viii) Pemohon perlu mengenalpasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas penyelidikan dilaksanakan.

Sebagai makluman kepada YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan, pihak CRIM juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Dana ini secara dalam talian pada ketetapan berikut:

            Tarikh          : 13 April 2023 (Khamis)
            Masa             : 9.00 pagi (
atur cara taklimat dilampirkan)

            Pautan         : Aplikasi Webex

           https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=m67e0218ce2162a79f395da0a4170a12d

           Meeting number: 2643 524 3966

           Password: 3218#99

           Atur Cara Taklimat di lampirkan bersama.

           Semua penyelidik, Pengurusan F/I/P dan Sekretariat Penyelidikan F/I/P dijemput hadir.

Sukacita kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dipohon untuk memaklumkan/memanjangkan hebahan pembukaan permohonan geran ini kepada semua penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. Bersama-sama ini disampaikan maklumat seperti berikut untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan:

          i.   Jadual Kerja Permohonan – Link

          ii.   Senarai semak bagi setiap geran untuk makluman dan rujukan – Link

          iii.  Borang Penilaian Projek Penyelidikan – Link

          iv.  Garis Panduan Bagi Setiap Geran – Link

          v.   Borang Persetujuan Sebagai Penyelidik Bersama – Link

          vi.  Contoh LoI – Link 

         vii. Poster hebahan pembukaan geran – Link

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami seperti berikut:

i. Puan Siti Noraida Sood

Pegawai Penyelidik Q48/Ketua Seksyen Geran Penyelidikan & MyRA

03-89215631

 ii. Encik Mohd Asraf Mohamad Farid

Penolong Pendaftar

03-8921 4455

iii. Cik Bismi Nurul Ain Jannah Mohd Mahthir

Penolong Pendaftar

03-8921 4679