Kerajaan Negeri Johor dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. akan menganjurkan Festival Islam & Halal Antarabangsa Johor 2022 (FIJO) yang akan diadakan pada 29 September hingga 2 Oktober 2022 (Khamis – Ahad) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru.

Dalam hal ini, Bahagian Dana, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan terlibat dalam menyampaikan taklimat mengenai Skim Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) MOSTI sepertimana ketetapan berikut:

            Tarikh            : 30 September 2022 (Jumaat)

            Masa             : 11.00 pagi

            Tempat          : Pentas Utama, Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada

Sehubungan dengan itu, dengan segala hormatnya dijemput pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Prof. /Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri sesi taklimat Skim Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) MOSTI sempena program FIJO ini bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan geran Dana R&D MOSTI yang ditawarkan melalui Bahagian Dana.

Mohon pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Prof. /Dr./Tuan/Puan untuk memberikan maklumbalas kehadiran melalui pautan berikut: https://forms.gle/89ovUQiAJ4Khnwfq9