Yayasan Penyelidikan Sultan Mizan (YPASM) sedang menawarkan pembukaan permohonan Geran Penyelidikan, Skim Fellowship dan Berth Support to Antarctica di bawah program Smart Partnership Initiative Permohonan ini dibuka kepada lapan (8) institusi yang menyertai Inisiatif Smart Partnership For Plar Research iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, International Medical University, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi MARA and Universiti Malaysia Terengganu.

Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada syarat dan kriteria permohonan melalui laman sesawang YPASM  (www.ypasm.my). 

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui e-mel (dalam format pdf) kepada fardy@ypasm.my / intan@ypasm.my dan disalinkan kepada Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) atau Timbalan Pengarah dan emel ini (psupp@ukm.edu.my) untuk tujuan rekod Universiti.            

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ini boleh hubungi Pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim di talian 03-8921469/ Puan Adila Abdul Rasib di talian 03-89214392 atau Pegawai YPASM melalui emel fardy@ypasm.my / intan@ypasm.m atau telefon 03-2691 0651.