Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI) sebagai focal point Malaysia  bagi Asia-Pacific Economic Cooperation Policy Partnership on Science, Technology and Innovation (APEC PPSTI) mempelawa penyelidik untuk memohon Geran APEC Kitaran 2-2021.

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan menggunakan Borang Kertas Konsep mengikut format APEC (tidak melebihi 3 muka surat) melalui emel kepada  shamimie@mosti.gov.my (U.P: Puan Nurliyana Shamimie Bt Rusli, Bahagian Antarabangsa MOSTI) selewat-lewatnya pada 5 Mei 2021  (Rabu), disalinkan kepada pegawai CRIM (psupp@ukm.edu.my) dan Sekretariat Penyelidikan PTJ untuk tujuan rekod universiti.

Sehubungan dengan ini, sukacita kerjasama pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dapat memanjangkan hebahan ini kepada penyelidik bawah pengurusan  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan. 

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, YBhg. Dato’/ Datuk/ Datin/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Nurliyana Shamimie Bt Rusli melalui  e-mel shamimie@mosti.gov.my atau telefon di talian 03-8885 8546.

Call for Applications - APEC Funds Session 2, 2021 | Muat Turun / Download 2596 | Kemaskini / update 03/05/2021
FileAction
1. Annex A - APEC Project Concept Note 2021Download
2. Annex B - APEC 2021 Policy PrioritiesDownload
3. Annex C - Guidebook on APEC Projects Edition 15Download
4. Annex D - Session 1_APEC2021 Policy Priorities PowerPointDownload
5. Annex E - Session 1_APEC2021 Policy Priorities PowerPointDownload
6. Annex F - Session 3_01 Project Overview and Intro to Quality Concept NotesDownload