Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) sedang menawarkan permohonan untuk menjalankan penyelidikan jangka pendek (6 bulan) secara kerjasama bersama IYRES berdasarkan tajuk berikut : Latihan Upskilling dan Reskilling Untuk Peluang Pekerjaan Golongan Belia.
Pelaksanaan penyelidikan ini adalah selaras dengan usaha IYRES untuk menghasilkan dapatan kajian berhubung dengan belia serta pangkalan data yang lengkap untuk menyokong perancangan dan pelaksanaan program pembangunan belia.
IYRES amat mengalu-alukan pelaksanaan penyelidikan secara ‘matching funds’ agar penyelidikan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan skop yang lebih meluas.
Penyelidik yang berminat untuk mengemukakan permohonan bagi melaksanakan kajian ini boleh mengisi dan mengemukakan.
Borang Permohonan Menjalankan Penyelidikan Secara Kerjasama melalui emel: kajiankerjasama@iyres.gov.my selewat-lewatnya pada 27 Julai 2020 (Isnin), dan disalinkan kepada pegawai CRIM (emel: psupp@ukm.edu.my) dan Sekretariat Penyelidikan PTJ untuk tujuan rekod universiti.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai IYRES, Encik Shah Romnizam Ramli (nizam@iyres.gov.my) di talian 03-8871 3335.
Sila klik dibawah untuk muat turun:-