Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuka permohonan Penyelidik Pasca Doktoral menggunakan Dana Modal Insan bagi tahun 2020 untuk semua bidang.
Borang yang telah lengkap boleh dimajukan kepada CRIM sebelum atau pada 22 Mei 2020 melalui pautan berikut (Klik). Semua permohonan perlu lengkap dan mengikut prosedur sedia ada. Dokumen tersebut boleh diimbas (scan) atau diubah ke format PDF dan tandatangan digital adalah dibenarkan.
Sebagai makluman, tatacara ini hanya terpakai dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalah Pergerakan, iaitu mulai 18 Mac – 12 Mei 2020 (Perubahan adalah tertakluk kepada pengumuman selanjutnya oleh kerajaan Malaysia dan UKM).
Sehubungan dengan ini, mohon kerjasama YBhg. Prof./Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan agar dapat memaklumkan kepada ahli Fakulti / Institut / Pusat masing – masing.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pegawai CRIM, Puan Nur Izyani Ahamad Azahari melalui emel : nurizyani@ukm.edu.my.
Sila klik dibawah untuk muat turun:-