Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membuka permohonan Dana Penerbitan Buku (DPB) Tahun 2020. Permohonan ini akan dibuka mulai 4 Mei hingga 12 Jun 2020. Tanggungjawab dalam pengurusan dan penilaian permohonan Dana Penerbitan Buku ini adalah di bawah Penerbit UKM dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi hanya membantu dalam urusan hebahan dan pemakluman keputusan kerana ia melibatkan permohonan secara atas talian melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).
Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/. Permohonan perlu diperaku oleh fakulti/institut/pusat melalui SMPU tanpa melalui proses penilaian di peringkat PTJ.
Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
(i) Geran ini terbuka kepada semua kakitangan akademik aktif UKM (berdasarkan glosari MyRA).
(ii) Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai deraf lengkap buku.
(iii) Buku yang akan dihasilkan adalah dari penyelidikan semasa/lepas.
Bersama-sama ini disampaikan Garis Panduan DPB dan Jadual Kerja Permohonan DPB untuk makluman dan rujukan.
Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./ tuan/puan boleh terus menghubungi pihak Penerbit UKM seperti butiran berikut:
Prof. Datin Dr. Ruzy Suliza Hashim
Pengarah
Penerbit UKM
e-mel: penguruspenerbit@ukm.edu.my/ ruzy@ukm.edu.my
Raja Nur Aina Binti Raja Hussain Shah
Penolong Pendaftar
(Ketua Pentadbiran)
Penerbit UK
Me-mel: rajaaina@ukm.edu.my
Sila klik dibawah untuk muat turun:-