Asia Pasifik Telecomunity (APT) telah mempelawa negara anggota APT untuk mengemukakan cadangan Project to Facilitate ICT Application in the Asia-Pacific yang dibiayai oleh Kerajaan Republik Korea (EBC-K). Objektif projek ini adalah memudahcara pembangunan kecekapan dan produktivi serta memberi nilai tambah dan mafaat kepada bidang perkhidmatan atau industri seperti pelancongan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengangkutan dalam kelangan negara anggota. Ia turut menilai impak dan keberhasilan aplikasi ICT, mengenai isu-isu pelaksanaan aplikasi ICT serta membincangkan langkah-langkah proaktif bagi mengatasinya.
Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian semasa mengisi borang permohonan:
i) Sila baca dan teliti syarat dan peraturan permohonan (Attachment 1)
ii) Attachment 2, Perkara 9 (Endorsement of the Appplication) – akan ditandatangani oleh pihak CRIM.
iii) Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke CRIM sebelum atau pada 9 Oktober 2019 (Rabu).
Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada Puan Siti Noraida Binti Sood (Pegawai CRIM, Tel.: 03-89215631, Emel: ctaida@ukm.edu.my).