[vc_row][vc_column][vc_column_text]Majlis Pembangunan Sosial Sarawak melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) mempelawa penyelidik UKM untuk menghantar kertas cadangan penyelidikan berkaitan isu-isu sosial di Sarawak. Maklumat lanjut mengenai permohonan boleh dirujuk melalui surat Rujukan:MPS/700-1(26) bertarikh 11 Julai 2019 yang dilampirkan bersama.

Penyelidik yang berminat diminta untuk menyediakan kertas cadangan seperti format yang ditetapkan oleh pihak MPS dan menghantar permohonan secara emel kepada dianajeno@sarawak.gov.my selewat-lewatnya pada 16 September 2019 31 Mei 2019 (Isnin), disalinkan kepada pegawai CRIM psupp@ukm.edu.my dan Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat masing-masing untuk tujuan rekod. Satu (1) salinan ‘hardcopy’ kertas cadangan lengkap hendaklah dihantar kepada CRIM sebelum atau pada 19 September 2019 ((Rabu) melalui Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat untuk tujuan penghantaran kepada MPS oleh CRIM.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada Cik Diana Jeno, pegawai MPS di talian 082-536974 atau emel dianajeno@sarawak.gov.my

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]