[vc_row][vc_column][vc_column_text]Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan (UP) bagi tahun 2019 bagi Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM), Geran Universiti Penyelidikan (GUP) dan Dana Impak Perdana (DIP) mulai 16 Mei 2019 (Khamis) sehingga 15 Julai 2019 (Isnin).

Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses di pautan https://appsmu.ukm.my/smpu/

Bagi menggalakkan penyelidik muda merintis peluang dan menjalankan penyelidikan, agihan geran UP akan di beri mengikut peratusan skim jawatan seperti jadual dibawah :

Geran Skim Jawatan Peratus agihan (%)
GGPM DS51 100
GUP Profesor 20
Profesor  Madya 30
DS51/52 ke bawah 50
DIP Profesor 50
Profesor  Madya 30
DS51/52 ke bawah 20

Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:
(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti serta mengikut Garis Panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk di web CRIM http://research.ukm.my/muat-turun/
(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak boleh melebihi siling yang ditetapkan.
(iii) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sama ada GGPM/GUP/DIP bagi tempoh pembukaan ini;
(iv) Bagi pemohon yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif, mereka dibenarkan membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika tahap selesai projek adalah pada kadar 75%.
(v) Pemohon yang masih belum menghantar laporan akhir projek penyelidikan dibawah Dana UP perlu memastikan semua laporan akhir projek telah dihantar melalui Sistem maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).
(vi) Permohonan yang tidak melalui proses saringan dan pemurnian tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM. Bukti saringan dan pemurnian perlu dihantar kepada CRIM.

Tarikh akhir penghantaran permohonan secara atas talian SMPU oleh pihak Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat adalah pada 15 Julai 2019, selewat-lewatnya jam 11.59 malam. Permohonan yang telah dihantar secara atas talian perlulah dicetak dan dihantar ke CRIM sebanyak satu (1) salinan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, 17 Julai 2019 (Rabu). Pihak Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan dihantar mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Pihak CRIM berhak menolak permohonan sekiranya gagal mematuhi mana-mana syarat.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai CRIM, Cik Norzahira binti Ramli di talian 03-89214392 atau Puan Syafura binti Abdul Halim di talian 03-89214679.

[/vc_column_text][vc_raw_html]JTVCc3VfZG9jdW1lbnQlMjB1cmwlM0QlMjJodHRwJTNBJTJGJTJGcmVzZWFyY2gudWttLm15JTJGd3AtY29udGVudCUyRnVwbG9hZHMlMkYyMDE5JTJGMDUlMkZVS00tU1BLUC1DUklNLVBLMDEtTDA2LUphZHVhbC1LZXJqYS1QZXJtb2hvbmFuLURhbmEtVVAtMjAxOS5wZGYlMjIlMjB3aWR0aCUzRCUyMjIwMCUyMiUyMGhlaWdodCUzRCUyMjMwMCUyMiU1RCUwQSU1QnN1X2xpc3QlMjBpY29uJTNEJTIyaWNvbiUzQSUyMGNsb3VkLWRvd25sb2FkJTIyJTIwaWNvbl9jb2xvciUzRCUyMiUyM2Q0MjEwMCUyMiU1RCUwQQ==[/vc_raw_html][/vc_column][/vc_row]